Penubuhan sebuah universiti di negeri Kelantan telah dijadikan salah
satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menyokong pembangunan modal
insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi negara. YAB Perdana Menteri
Malaysia telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah
universiti di Kelantan dalam pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac 2006.
|
|
|
Penubuhan Universiti ini telah mendapat kelulusan daripada Jemaah
Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006. Jemaah Menteri juga telah
menetapkan supaya falsafah kurikulum pengajian di UMK berteraskan kepada
pendidikan keusahawanan dan perusahaan (entrepreneurship education and enterprises) dalam
semua program pengajian. Oleh itu frasa rangsangan seperti “Entrepreneurship is Our Thrust”
(Keusahawanan Teras Kami) dan “Entrepreneurial University”(Universiti
Keusahawanan) digunakan dengan meluas. Pengkhususan pengajian
untuk pembangunan jangka masa pendek dan sederhana dikelompokkan kepada tiga
bidang pengajian iaitu :
|
|
1.
Keusahawanan
dan Perniagaan ;
2.
Teknologi
Kreatif dan Warisan; serta
3.
Agro-industri
dan Sains Sumber Asli
|
|
Pada masa yang sama, penekanan diberi kepada kemahiran bahasa dan
kemahiran insaniah. Semua program pengajian bertujuan untuk melahirkan modal
insan negara yang berkualiti tinggi dengan minda kelas pertama, lengkap
dengan ciri-ciri keusahawanan. Modal insan yang dihasilkan dimanfaatkan untuk
kesejahteraan global dengan memberi perhatian kepada peningkatan keupayaan
dan kemampuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (capability and capacity building of
SME) serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat
perdagangan berkeusahawanan tinggi. Dalam semua pelaksanaan, teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) diguna sebagai pengupaya (ICT as an enabler).
|
Monday, 2 December 2013
Kenali UMK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment